Home » , , , , » PENDEKATAN MODIFIKASI TINGKAH LAKU DALAM KONSELING

PENDEKATAN MODIFIKASI TINGKAH LAKU DALAM KONSELING

PENGENALAN

Pendekatan tingkah laku ini bermula dalam tahun 50-an dan awal 60-an. Pengasas pendekatan tingkah laku ini ialah Burrhus Frederick (B.F.) Skinner. Beliau dilahirkan pada tahun 1904 di Susquehana, Pennsylvania. Beliau mempunyai latar belakang kawalan tingkah laku yang ketat. Pada masa kecil, Skinner mempunyai trikan kepada benda-benda yang mekanikal.

Apabila dewasa, beliau mempunyai minat mereka cipta alat-alat. Beliau berpendapat bahawa tingkah laku dan personaliti ditentukan oleh keadaan atau kejadian yang lalu dan yang ada pada masa sekarang dan bukan terpengaruh oleh tarikan dalaman. Beliau juga berpendapat bahawa pakar psikologi patut memberi perhatian kepada tingkah laku yang dilihat dan diterangkan.

Mereka yang bertanggungjawab dan memperluaskan terhadap teori kaunseling tingkah laku ini ialah Dolland & Miller, 1950; Wolpe, 1958, 1969; Ullmann & Krasner, 1965; Phillips & Wiener, 1966; Stampfl & Levis, 1967; Lazarus, 1968; Bandura, 1969; Krumboltz & Thoresen, 1969; Beck, dan Eysenck. Teori ini bersandarkan kepada teori pembelajaran yang mana ia memberi tumpuan kepada tingkah laku berdasarkan kepada prinsip-prinsip pembelajaran manusia.

Kaunseling tingkah laku adalah suatu proses yang memerlukan pengenepian pembelajaran yang tidak diterima serta “mengilatkan” lagi pengalaman pembelajaran yang membolehkan klien mempelajari tindak balas yang tepat.

Tujuan pendekatan tingkah laku ini adalah menolong manusia sama ada memiliki tingkah laku yang telah diubahsuai bertindak balas atau menghapuskan segala respon yang salah itu agar dia lebih efektif atau semakin berkurangnya tingkah laku ketewasan-kendirinya sebagai hasilnya. Justeru itu disyorkan agar ahli psikologi patut memberikan perhatian dan penumpuan kepada tingkah laku yang dapat dilihat dan boleh diterangkan.

Teori kaunseling tingkah laku ini secara relatifnya adalah pendekatan baru yang berkandaskan kepada teori-teori terdahulu, iaitu teori pembelajaran yang dikenal sebagai fahaman tingkah laku. Berdasarkan teori pembelajaran inilah tingkah laku pada dasarnya mempunyai kaitan dengan perubahan tingkah laku seseorang.

Selagi tidak mengetepikan cara klien merasai dan memikirkannya, kaunselor tingkah laku menekankan kepada beberapa tingkah laku yang khusus, dan menumpukan bahawa ia adalah perubahan tingkah laku dalam cara manusia itu berfikir dan merasai tentang diri.

Pendekatan ini berbeza sama sekali dengan pendekatan psikoanalisis yang begitu kuat dan meluas digunakan di Barat ketika itu. Pendekatan ini berpendapat bahawa tingkah laku dan personaliti adalah ditentukan oleh keadaan ataupun kejadian masa lalu dan juga kejadian yang terjadi mengubah tingkah laku yang tidak terselindung kliennya.

Matlamat utama pendekatan ini ialah menekankan kepada tanda yang beralih; kadang-kadang diandaikan bahawa perubahan terhadap tingkah laku tanpa berselindung itu akan mengakibatkan tindak balas berfikir, tetapi ramai kaunselor tingkah laku yang tidak memikirkan tentang tingkah laku subjektif kliennya. Tanda-tanda peralihan dirujukkan kepada penghapusan masalah tingkah laku klien.

Oleh yang demikian, kaunseling atau terapi tingkah laku menekankan kepada dimensi kognitif manusia dan memberi beberapa cara berorientasikan tindakan dalam mengambil langkah tertentu bagi mengubah tingkah laku mereka yang tidak wajar.

PANDANGAN TERHADAP TABIAT MANUSIA

Kaunselor tingkah laku menganggap manusia sama sahaja, tidak ada yang baik dan tidak ada yang jahat. Semasa lahirnya mereka adalah saksama, masing-masing mempunyai potensi seimbang ke arah menjadi sama ada baik ataupun jahat. Hasilnya, ahli-ahli teori tingkah laku tidak sepenuhnya memberikan definisi tabiat asas kemanusiaan itu yang boleh membantu teori-teori mereka sendiri. Bagaimanapun, Dustin dan George menyenaraikan empat andaian berhubung dengan tabiat kemanusiaan dan bagaimana manusia berubah yang menjadi inti kepada kaunseling tingkah laku itu sendiri.

1. Manusia itu dilihat sebagai manusia biasa, tidak ada yang sepenuh-penuhnya jahat atau sepenuh-penuhnya baik, tetapi adalah sebagai organisma berpengalaman yang mempunyai potensi kepada semua jenis tingkah laku.

2. Manusia berkeupayaan memaham konsep serta mengawal tingkah lakunya sendiri.

3. Manusia berupaya memperolehi tingkah lakunya yang baru.

4. Manusia mempunyai keupayaan untuk mempengaruhi tingkah laku lain sebagaimana ia dipengaruhi oleh orang lain terhadap tingkah lakunya sendiri.

Bagi kaunselor tingkah laku, individu adalah hasill daripada pengalaman. Ahli-ahli tingkah laku melihat tingkah laku yang salah terima itu sebagai makhluk yang mempelajari tingkah lakunya, perkembangan dan pembaikannya adalah sama dengan sebarang tingkah laku lain. Satu implikasi daripada pandangan begini ialah tidak adanya tingkah laku yang salah terima bagi diri mereka itu. Selain itu sesuatu tingkah laku itu menjadi wajar disebabkan seseorang itu menganggapnya tidak begitu. Setengah-setengah tingkah laku mungkin dianggap wajar di rumah, tetapi tidak wajar di sekolah, begitu juga sebaliknya.

Implikasi kedua terhadap tingkah laku salah terima begini ialah sebagai pembelajaran bahawa sesuatu idea yang dibawakan oleh tingkah laku bagi satu hasil yang memuaskan atau menolong mengurangkan hasil-hasil yang tidak memuaskan itu daripada terus meningkat. Oleh kerana tingkah laku salah terima ini dipelajari, mungkin juga tidak perlu di pelajari.

Dalam hubungan dengan tingkah laku begini bagi terapi, ahli-ahli tingkah laku selalunya menganggapkan paradigma-tindak balas-pendorong merupakan corak asas pembelajaran bagi semua manusia. Setiap manusia itu bertindak secara teorinya meramalkan cara untuk apa juga pemberian rangsangan, bergantung kepada pengalaman-pengalaman masa lalunya serta gerak rangsangnya.

Dalam hal ini, seseorang manusia tidak berbeza daripada haiwan melainkan tindak balasnya terhadap rangsangannya sahaja yang lebih kompleks dan ia terjadi pada tahap lebih tinggi daripada sudut organisasinya dan pengkonsepsiannya. Perlakuan atau tingkah laku itu adalah berfungsi daripada rangsangan. Pengurangan ini merupakan faktor-faktor kompleks yang mempengaruhi tindak balas manusia terhadap rangsangan serta membenarkan ahli-ahli tingkah laku manumpukan masalah-masalah yang khusus seperti tindak balas terhadap set rangsangan yang tersedia itu. Kunci bagi pandangan tingkah laku manusia ini ialah keadaan bersyarat. Ada beberapa pensyaratan, tetapi dua daripadanya selalu dibincangkan, iaitu pensyaratan klasik (orang yang tertuduh) dan pensyaratan operan (alat dan perkakas).

Pensyaratan klasik terjadi apabila rangsangan dikeluarkan untuk mendpatkan suatu hasil yang merangsang seseorang itu. Tingkah laku orang yang bertindak balas adalah terkawal oleh hal-hal yang terdahulu, sementara tingkah laku operan pula dikawal oleh kepentingan-kepentingannya.

Tingkah laku orang yang tertuduh ini termasuklah tingkah laku biasa, seperti berpeluh akibat tindak balas bahang kepanasan, mengerdipkan mata akibat tindak balas daripada benda-benda yang datang menhampiri, atau rasa lapar sebagai tindak balas daripada melihat makanan terhidang. Manakala pembelajaran operan pensyaratan yang menguatkan lagi tingkah laku disebut rangsangan-rangsangan. Daripada menetapkan sesuatu tingkah laku yang khusus, maka satu-satu perangsang itu sebaliknya adalah segala sesuatu yang menambah kemungkinan-kemungkinan segala hasil tingkah laku itu.

Proses mengetepikan tingkah laku yang tidak diingini ini adalah dirujukkan sebagai pemusnahan dan pemadaman. Tingkah laku dapat dilenyapkan apabila ia tidak lama bertapak. Kaunselor mestilah sedar akan dua strategi penting dalam pemadaman ini.

Pertama, mengubah semula kedudukan dan keadaan, iaitu satu keinginan baru digantikan untuk tingkah laku yang tidak diingini itu. Jones (1960) menerangkan kejadian ini dibicarakan. Menurutnya, seorang kanak-kanak berumur tiga tahun takut kepada arnab, tikus putih bahkan kapas dan bulu. Jones hanya mahu melihat kepekaan kanak-kanak tersebut terhadap perasaan takutnya.

Jones meletakkan seekor arnab dalam sangkar jarang jauh di sudut bilik sementara kanak-kanak tersebut sedang makan dengan laparnya. Didapati kanak-kanak itu tidak memperdulikan rasa takutnya kerana lapar. Setelah sehari bersama arnab itu, akhirnya kanak-kanak itu boleh makan sambil memain-mainkan kakinya pada sangkar arnab tersebut.

Strategi kedua dalam pemadaman ini ialah dengan mengeluarkan segala yang memperkuatkan dorongan yang sering mengikut tingkah laku itu. Misalnya, ramai guru mempunyai masalah terhadap murid-murid yang menjawab soalan tanpa berfikir dan suka mengganggu rakan-rakannya. Guru sering memperkuatkan tingkah laku begitu dengan cara cepat-cepat menjawab soalan muridnya, supaya pengajaran dapat terus berjalan lancar.

Guru berkenaan tidak menghiraukan pelajar yang suka menyangkal atau suka mempertahankan dirinya daripada disoal jika mahukan pemadaman berlaku. Akhirnya, tingkah laku yang tidak diingini itu padam dengan sendirinya. Seseorang individu yang tidak dapat mengawal perkara yang menguatkan ini akan gagal keluar dari masa pemadaman ini dan begitu gagal memberikan muridnya perhatian yang penuh.

Andainya kejadian ini sering terjadi, sebahagian daripada kesan memperkuatkan itu berlaku. Sebahagian daripada memperkuatkan dorongan ini penting kerana dia bukan sahaja dapat menerangkan penentangan dan rintangan kepada pemadaman, tetapi juga kerana boleh digunakan bagi menambah ketetapan tingkah laku yang diingini itu. Tingkah laku yang baharu lebih cepat dipelajari apabila ia diperkuatkan lagi setiap kali kehadirannya itu. Walaupun begitu, tingkah laku tersebut tidak payah dipelajari. Untuk mewujudkan pembelajaran yang tetap, tingkah laku mestilah dikuatkan dorongannya setiap kali ia muncul sejak awal-awal lagi.

Selepas sahaja tingkah laku ini diperolehi, sebahagian daripada dorongan memperkuatkan itu akan membina satu kecenderungan untuk memaparkan tingkah laku. Bagi mencegah pemadaman terjadi, peratus memperkuatkan dorongan kepada tingkah laku hendaklah direndahkan lagi.

Kadang-kadang sukar juga mewujudkan suasana di mana boleh menghasilkan tingkah laku yang diingini pada kali pertama sehingga tingkah laku ini boleh didorongkan. Jika kemungkinan terhadap tingkah laku yang diingini itu menjadi rendah ataupun kaunselor tidak berharap menunggu tingkah laku itu lagi, maka kaunselor mestilah membentuk tindak balas segera. Cara yang biasa kanak-kanak belajar bercakap menggambarkan bagaimana cara pembentukan itu berlaku. Pembentukan adalah satu cara atau peraturan pendorong memperkuatka yang paling berjaya bagi mendapatkan tingkah laku yang diingini oleh seseorang itu.

KONSEP TEORI

Pendekatan tingkah laku ini bermula dalam tahun 50-an dan awal 60-an. Pengasas pendekatan tingkah laku ini ialah B.F. Skinner, Kemudian dikembangkan oleh pengikut-pengikutnya, dimana pendekatan ini mengesyorkan agar ahli psikologi patut memberikan perhatian dan penumpuan kepada tingkah laku yang dapat dilihat dan diterangkan.

Pendekatan ini berbeza sama sekali dengan pendekatan psikoanalisis yang begitu kuat dan meluas digunakan di Barat ketika itu. Pendekatan ini berpendapat bahawa tingkah laku dan personaliti adalah ditentukan oleh keadaan ataupun kejadian manusia masa lalu dan juga kejadian yang terjadi pada masa kini.

Oleh yang demikian, terapi tingkah laku menekankan kepada dimensi kognitif manusia dan memberi beberapa cara berorientasikan tindakan dalam mengambil langkah tertentu bagi mengubah tingkah laku mereka. Satu andaian dibuat dalam pendekatan ini terhadap sifat semulajadi manusia yang berdasarkan kepada konsep ketepatan. Tingkah laku dilihat sebagai satu fungsi yang telah ditetapkan oleh pengalaman lepas seseorang itu dilihat sebagai menunjukan satu koleksi respon dorongan masa lalu yang dapat dan boleh disimpul kepada situasi baru.

Konsep terbuka dan bebas ini akan menjadi tidak selaras dengan pendekatan modifikasi tingkah laku kerana manusia bertingkah laku dengan cara kemungkinan ke atas keadaan peristiwa sebelumnya. Kaunselor tingkah laku mengaku, “Jangkaan paling baik terhadap tingkah laku masa depan ialah dari tingkah laku masa lalu yang dimilikinya”.

Terapi tingkah laku menekankan kepada dimensi kognitif manusia dan langkah tertentu untuk mengubah perlakuan. Perkataan pengubahsuaian tingkah laku dan terapi tingkah laku mempunyai pengertian yang sama di dalam teori ini. Kedua-duanya memfokus kepada terapi tingkah laku dan menunjukkan bagaimana ia berbeza daripada kebanyakan pendekatan. Pengubahsuaian tingkah laku atau terapi tingkah laku ditakrifkan seperti berikut:

1. Satu penggunaan prosedur-prosedur klinikal secara meluas dengan memberi penerangan dan rasional dan selalunya bergantung kepada hasil dapatan penyelidikan psikologikal.

2. Satu pendekatan menggunakan eksperimen dan analisis yang mempunyai fungsi untuk data klinikal dan bergantung kepada matlamat objektif dan yang boleh diukur.

Satu lagi pentakfiran pengubahsuaian tingkah laku adalah penggunaan hasil penyelidikan asas dan teori yang didapati daripada eksperimen psikologi untuk mempengaruhi tingkah laku denan tujuan menyelesaikan masalah personal dan sosial supaya boleh meningkatkan fungsi kehidupan manusia.

Pendekatan tingkah laku bermula dalam tahun-tahun 1950-an dan awal 1960-an sebagai satu langkah radikal terkeluar daripada perspektif psikoanalisis yang kuat pada maa itu. Di sini, dicatatkan pergerakan tingkah laku termasuk tiga bidang utama perkembangan, iaitu latihan kondisioning klasikal, latihan kondisioning opera dan terapi kognitif. Dari segi pendekatannya, terapi tingkah laku adalah berlainan dengan terapi lain.

1. Ia menjuruskan kepada tingkah laku yang terang-terang atau terbuka.

2. Ia adalah ketepatan dan sebagai menceritakan matlamat-matlamat perawatan.

3. Suatu pembentukan peraturan rawatan khusus dan tepat terhadap permasalahan.

4. Sebagai satu objektif penilaian terhadap hasil terapi itu sendiri.

Terapi tingkah laku tidak mengasaskan kepada suatu set konsep yang sistematik. Ia mengandungi berbagai-bagai teknik, iaitu ada yang berasaskan percubaan-percubaan menggunakan kaedah-kaedah percubaan terhadap proses terapeutik. Krumboltz dan Thoresen (1969) mendapati bahawa ahli-ahli terapi tingkah laku sering bertanya, ‘Apakah tingkah laku khas yang mahu ditukar oleh seseorang itu, dan apakah tingkah laku baru yang mereka ingin pelajari?’

Jawapannya mestilah konkrit dan kemudian memerlukan perhatian dan penelitian terhadap tingkah laku klien. Kesamaran dan gambaran umum tidak diterima, hanya yang khusus daripada tingkah laku klien yang akan diubah sahaja yang diterima. Ahli-ahli tingkah laku juga menekankan kepentingan kedudukan yang khusus, yang menentukan masalah tingkah laku sehingga keadaan yang baru boleh dicipta sebagai suatu yang bermakna dalam pengubahan tingkah laku.

Terapi tingkah laku secara asasnya menuju kepada matlamat mendapatkan tingkah laku baru serta mengetepikan tingkah laku yang tidak diterima, memperkuatkan keinginan pada tingkah laku masa kini. Matlamat ialah untuk memahami dengan percubaan klien memiliki sesuatu cara yang khas bagi mengubah tingkah lakunya yang bermasalah itu. Selepas membina matlamat rawatan, kaunselor dan klien memilih peraturan yang paling tepat untuk mencapai matlamat-matlamat ini. Penilaian selalunya dilihat dari segi perubahan kepada keninginan sama ada berlaku atau tidaknya.

TEORI KAUNSELING

Adalah penting bagi seseorang kaunselor itu menentukan tingkah laku yang manakah yang tidak boleh diubahsuaikan dan dalam setuasi bagaimana pula tingkah laku begitu boleh berlaku. Kebanyakan perangai salah laku mempunyai perasaan resah dan gelisah di peringkat pangkalnya. Perasaan takut ataupun resah adalah merupakan satu emosi yang dialami dan merupakan tindak balas terhadap penggerak nuteral yang diberikan oleh kaunselor dan ia dibuat beberapa kali dengan rasa kesakitan.

Mengikut kaunseling Wolpe, penumpuan terhadap membasmi tindak resah pada kelemahan dilakukan dengan cara memperkenalkan satu tindak balas yang lebih bersaingan. Menurutnya lagi jika tindak balas penentang kepada tindak balas resah boleh dibuat dan diwujudkan dalam bentuk mendorongkan terhasilnya keresahan, ini mungkin akan melemahkan tindak balas penggerak kebimbangan itu sendiri. Ada beberapa tindak balas yang boleh digunakan dalam proses kaunseling mengikut Osipow & Walsh (1970) dan Patterson (1973).

1. Mengenal pasti kawasan penggerak yang berkaitan dengan tidak balas resah dan salah laku berikutnya.

2. Klien diajarkan merelekskan tubuhnya serta menggalakkan dia mempraktikkan tatacara releks di luar temu bual. Tindak balas releks digunakan untuk bersemuka dan melemahkan tindak balas penggerak-resah.

3. Dalam satu keadaan releks kaunselor menyuruh kliennya menggambarkan urutan kejadian atau peristiwa yang berkaitan dengan tindak balas resah.

4. Perkembangan proses selanjutnya dihentikan apabila klien mengalami resah.

5. Klien mampu mengawal tindak balas resah dengan melawannya semula bersama releksasi yang diperolehi, asertif ataupun tindak balas seksual.

MATLAMAT DAN PROSES

Kaunselor tingkah laku selalunya kurang mengambil berat terhadap proses, sebaliknya memusatkan segalanya pada matlamat kaunselingnya. Apabila matlamat kaunseling sudah dikenal pasti semasa proses terapeutiknya oleh klien, keadaan baru bagi pembelajaran tercipta. Rasionalnya, semua tingkah laku adalah dipelajari termasuk juga tingkah laku yang tidak diterima itu sendiri. Jika neurosis dipelajari, ia juga tidak semestinya dipelajari, malah tingkah laku yang lebih berkesan lagi berlaku.

Kaunseling tingkah laku, suasatu proses yang memerlukan pengetepian pembelajaran yang tidak diterima serta mengilatkan lagi pengalaman pembelajaran yang membolehkan klien mempelajari tindak balas yang betul dan tepat. Blackham dan Silberman (1975) telah memberikan enam langkah bagi menambahkan frekuensi atau meneguhkan lagi tingkah laku yang diingini.

1. Mengenal pasti dan mencatatkan tingkah laku yang akan diubahnya dalam bentuk pelaksanaan.

2. Mencapai garis dasar hasrat tinkah laku yang diingini.

3. Mengatur suasana di mana sasaran tingkah laku iu boleh wujud.

4. Mengenal pasti potensi rangsangan dan perkara-perkara yang boleh memperkuatkan dorongan.

5. Memperkuatkan keinginan sasaran tingkah laku atau penganggaran sesuatu kejayaan.

6. Menilai kesan peraturan rawatan dengan melihat pembaikan pada rekod perubahan pada sasaran tingkah laku itu.

Walau hampir semua para ahli kaunselor tingkah laku mempercayai matlamat kaunseling mesti diperbaiki mengikut individu kliennya, terapi ini boleh dikatakan mempunyai lima matlamat umum:

1. Meminda tingkah laku yang tidak diterima oleh semasa berterapi.

2. Membantu klien mempelajari dengan lebih berkesan akan proses membuat keputusan.

3. Mencegah dan melindungi dari masalah masa depan.

4. Menyelesaikan tingkah laku yang bermasalah khas, sepereti yang diminta oleh klien.

5. Mencapai perubahan-perubahan tingkah laku yang diterjemahkan kepada tindakan dalam hidup seseorang.

TEKNIK DAN PERATURAN DALAM IMPLIMENTASI

Teknik yang digunakan ialah berdasarkan kepada modifikasi tingkah laku dengan cara adaptasi dan pengubahsuaian serta menentang keadaan. Teknik mengolah semula melibatkan pengutaraan penggerak resah pada kekuatan yang paling lemah supaya tidak cukup kuat membantu tindak balas resah itu lagi.

Kekuatan penggerak resah lazimnya meningkat sehingga pengutaraan penggerak ketakutan mempunyai kekuatan yang penuh, lalu tidak berupaya menggerak dan mendorongkan tindak balas resah itu lagi.

Teknik menentang keadaan ini lazimnya melibatkan pengutaraan pengerak resah dalam kekuatan yang mencukupi bagi membantu tindak balas resah apabila seseorang itu membuat satu tindak balas yang tidak secocok dengan tindak balas resahnya. Oleh kerana teknik ini melibatkan situasi imaginasi atau digambarkan, adalah mudah digunakan dan lebih sesuai daripada prosedur dalam situasi kehidupan sebenar.

Secara tipikalnya, kaunselor tingkah laku menggunakan teknik-teknik khas, hasil daripada mana-mana yang dapat dinilai dalam bentuk kejayaan klien terhadap matlamat kaunselingnya. Teknik-teknik ini diusahakan dalam perancangan bersistem, walaupun banyak diantara teknik yang sama ini boleh digunakan oleh kaunselor dengan pendekatan-pendekatan yang lain.

KETIDAKPEKAAN YANG BERSISTEM

Teknik yang meluas dipergunakan dalam kaunseling tingkah laku. Ketidakpekaan bersistem ini selalunya berguna terhadap klien yang mempunyai masalah tingkah laku, khususnya yang bersekutu dengan keraguan di peringkat yang tinggi. Setengah-setengah keraguan mungkin berupa janji, pemeriksaan, memberi ceramah, ataupun tindakan terhadap hubungan dengan kelab-kelab dan aktiviti-aktivitinya.

Keraguan ini mengakibat klien menjadi pemalu, kasar, terseksa ataupun sukar melaksanakan tugas seharian dalam hidupnya. Ketidakpekaan ini digunakan sebagai memecahkan kebiasaan tindak balas keraguan. Semasa ketidakpekaan ini, keraguan tidak payah dipelajari atau disingkirkan oleh sesuatu tingkah laku yang tidak selesa.

Seseorang itu menjadi tidak peka kerana kehadiran pengalaman yang selesa yang dahulunya diakibatkan daripada ragu-ragu. Kerana itulah ketidakpekaan dikatakan sebagai proses pengurangan keraguan. Proses pembelajaran ini ialah tingkah laku tidak selesa yang kadang-kadang dikenal sebagai ‘pelaziman timbal balik’.

Pelaziman timbal balik menjadi penting sebagai satu teknik selepas Wolpe (1958) memperkenalkan peraturan bersistem yang menambahkan berbagai-bagai bentuk masalah yang boleh diuruskan oleh pelaziman timbal balik ini. Wolpe pada asasnya menyumbangkan idea pembinaan hierarki keraguan, satu senarai keadaan di mana klien bertindak dengan tingkat keraguannya yang bertambah.

Dengan menggabungkan hierarki keraguan dengan latihan peristirahatan otot-otot, kaunselor berkemampuan membantu kliennya mengurangkan keraguan dalam berbagai-bagai keadaan. Tatacara ini mengandungi tiga set tindakan.

1. Latihan merehatkan/peristirahatan.

2. Mengenal pasti keadaan-keadaan yang menimbulkan keraguan.

3. Bertindak melalui hierarki keraguan.

Pertama, sejak bermulanya dua atau tiga sesi selepas ketidakpekaan diputuskan, klien akan berlatih dengan teknik-teknik mengistirahatkan otot yang progresif, manakala kaunselor membuat cadangan-cadangan lisan tentang ketenangan, kemesraan dan keseluruh perasaan-perasaan yang menyenangkan.

Pada masa ini kaunselor menumpukan perhatian kepada kliennya untuk mengenal pasti kedudukan ketegangan dan kerehatan serta menyarankan pemikirannya bagi mencipta imej-imej peribadi dalam keadaan pengistirahatan; seperti berjemur di tengah panas bagi membantu klien mencapai ketenteraman dan kedamaian murni.

Kaunselor selalunya menggunakan bentuk yang dikatakan oleh Jacobsen (1938) sebagai latihan pengistirahatan yang berkemajuan bagi membantu klien mengistirahatkan otot-ototnya. Latihan ini mengarahkan pemerhatian klien kepada satu set otot tertentu, mengistirahatkan ia kemudian bekerja menerusi seluruh tubuhnya dengan cara yang sama.

Selalunya, kaunselor membiarkan selama setengah jam latihan pengistirahatan dan kemudian menggalakkan kliennya berlatih dalam sesi kaunseling mereka itu. Apabila klien telah belajar beristirahat dengan pantas dan sepenuhnya, ketidakpekaan serta tatacaranya dengan sendiri bermula.

Semasa sesi inilah masa telah digunakan bagi mengenal pasti keadaan ragu-ragu yang dihasilkan itu merupakan sebahagian daripada hierarki keraguan klien. Pertama, klien akan disoal tentang kenyataan suasana yang membuatkan mereka itu ragu-ragu. Lepas itu klien menyusunkannya daripada ragu-ragu yang rendah kepada yang lebih tinggi.

Andainya klien mempunyai keraguan yang berkaitan dengan ketakutannya terhadap kegagalan seorang bapa, senarai itu mungkin dimulai dari satu keadaan di mana penghasilan keraguan yang kecil kaitannya, mungkin seorang gembala lembu yang mengkritik bapanya kerana terlalu kuat bekerja sehingga tidak ada masa mendampingi anak-anaknya.

Dan ini semakin meningkat sehingga kepada suasana dimana seorang isteri mengkritik suaminya yang terlalu berkasar dengan anak-anak mereka. Oleh itu, cara mereka menerima kritikan yang berkaitan itulah membentuk rasa takut, gentar atau keadaan yang membimbangkan.

Setelah klien sudah mempelajari untuk mengistirahatkan diri serta membentuk hierarki kemahuannya, langkah ketiga yang perlu dibuat ialah mendiamkan diri. Biar kaunselor sahaja yang memberikan arahan-arahan secara lisan sehingga tergambar oleh klien sesuatu perkara yang mengganggu dalam senarai keraguannya. Apabila acara pertama tidak lagi melahirkan keraguannya, klien beredar kepada acara kedua.

Dalam proses begini, kaunselor bergerak perlahan-lahan supaya perasaaan istirahat itu lebih besar daripada perasaan ragu-ragunya. Apabila klien merasakan kelegaan bagi setiap acara yang disenaraikannya itu semasa berkaunseling, dia akan memberikan isyarat kepada kaunselornya. Sehingga kaunselor sedar dan mendorongkan kliennya lagi untuk meleyapkan keraguan-keraguan termasuklah keraguan yang ditimbulkan oleh keadaan hidupnya sehari-hari.

PERSETIAAN TINGKAH LAKU

Penggunaan persetiaan tingkah laku ataupun kontrak tingkah laku di dalam kaunseling ialah penggunaan satu teknik pengambil tingkah laku yang ditiru daripada kaunselor yang lain. Ia berasaskan idea bahawa membantu klien mengkhususkan jenis tingkah laku yang diingini serta memperkuatkan kepelbagaian.

Setengah-setengah daripada persetiaan itu membolehkan individu mendahului perubahan-perubahan kepada tingkah-laku mereka atas dasar janji atau persetujuan kepada setengah-setengah keputusan yang positif mungkin diperolehi nanti.

Pada asasnya, persetiaan tingkah laku ini adalah perjanjian sekurang-kurangnya antara dua orang - kaunselor dan klien, di mana mereka melibatkan diri untuk mengubah tingkah laku paling kurang di satu pihak yang terlibat. Dustin dan George (1977) menyatakan bahawa setengah-seengah pendekatan itu menolong memberitahu klien ‘apa yang harus dibuatnya’.

Persetujuan itu mungkin berupa lisan ataupun bertulis, dengan syarat kedua-dua pihak bersetuju pada syarat-syarat asas. Satu aspek persetiaan ini alalah proses rundingan menerima bentuk-bentuk yang disifatkan sebagai kenyataan, pengkhususan, bebas daripada ugutan, dan kelenturan.

Menurut Dustin dan George, klien dan kaunselor memilih matlamat yang nyata sebagaimana yang mereka boleh capai. Matlamat yang diterima khas tidak menimbulkan tanda tanya apa pun. Matlamat yang diterima khas tidak menimbulkan tanda tanya apa pun. Selalunya persetiaan ini memberi kerja memperkuatkan secara positif dalam mencapai matlamat daripada menghukum tingkah laku yang tidak diingini, dan ini mengurang atau menghindarkan daripada rasa takut dan terugut.

Akhirnya, klien dan kaunselor bersetuju atas persetiaan untuk mengubahnya mengikut kata sepakat, serta menyediakan kelenturan bagi perubahan matlamat dan juga keadaan bilamana beberapa perubahan diinginkan.

MENELADANI MASYARAKAT

Berasaskan idea bahawa seseorang manusia itu akan meniru atau meneladani tingkah laku orang lain dalam hodupnya. Meneladani masyarakat digunakan sebagai membantu klien mengubah suai tingkah lakunya secara progresif ke arah contoh yang diamatinya. Bandura (1965) misalnya, mengatakan bahawa menneladani masyarakat ini mempunyai tatacara dan peraturannya yang mungkin lebih berkesan daripada seuatu dorongan memperkuatkan yang positif dalam mewujudkan corak tindak balas yang baru.

Bentuk-bentuk tingkah laku dikehendaki melalui peniruan ataupun menladani yang sering dijaga tanpa memperkuatkan luaran disebabkan setiap individu belajar memperkuatkan diri mereka dalam beberapa tingkah laku.

Dustin dan George (1977) mengesyorkan lagi bhawa meneladani masyarakat ini boleh digunakan bagi menolong klien mempelajari tingkah laku barunya serta memperteguh atau melemahkan kewujudan tingkah lakunya.

Kaunselor menggunakan modal atau pun contoh-contoh alat pandang dengar seperti filem, kejadian sehari-hari yang membolehkannya serta memberikan klien menyaksikannya dan memilih tingkah laku yang diingininya di samping memperbaiki tingkah lakunya yang tidak diingini kepada contoh yang diteladaninya.

LATIHAN PENEGASAN

Dalam pendekatan tingkah laku ini, banyak bantuan dan sokongan dalam latihan-latihan pernyataan boleh didapati oleh seseorang, terutama mereka yang menghadapi kesulitan menyatakan diri mereka sendiri dalam keadaan antara peribadi yang tertentu.

Walaupun pada asasnya ia menggunakan orang yang tidak boleh menyatakan, latihan penegahan ini boleh digunakan oleh sesiapa juga secara berpatutan, asalkan mereka itu semuanya menghadapi kesukaran menegaskan dirinya dalam sesuatu keadaan. Corey (1977), misalnya, telah memberikan garis dasar latihan penegasan ini yang dianggap boleh menolong orang.

1. Mereka yang tidak boleh melahirkan kemarahan dan gangguan-gangguan.

2. Mereka yang terlalu baik hati serta mereka yang membenarkan orang lain mengambil peluang ke atasnya.

3. Mereka yang susah untuk menyatakan ‘tidak’ atau ‘bukan’.

4. Mereka yang menemui kesukaran melahirkan rasa kasih sayang dan tindak balas positif yang lain.

5. Mereka yang merasakan dirinya tidak mempunyai hak memiliki perasaan dan pemikirannya sendiri.

Latihan penegasan dan penyataan ini lazimnya dijalankan dalam kelompok, iaitu menekankan kepada pengajaran terhadap klien supaya tegak dengan hak-hak peribadinya tanpa memusnahkan pula hak-hak orang lain. Tingkah laku penyataan ini mengandungi pelahiran perasaan dan pemikiran seseorang secara terus-terang, jujur dan cara yang berpatutan. Ia melibatkan mempertahankan hak seseorang sebagai individu apabila seseorang itu merasakan dia mula dipergunakan atau diperalatkan.

Ini bermakna, melahirkan kehendak-kehendak seseorang atau kehendak orang lain tanpa mengandaikan orang lain itu, belum tentu boleh menerima atau mencapai kehendak-kehendak tadi. Seseorang yang terlatih dalam penrnyataan ini selalunya berasa senang terhadap dirinya, menyedari yang mereka mempunyai ‘keyakinan diri’ tanpa menjatuhkan orang lain. Menurut Lange dan Jakubowski (1976), ada lima langkah yang terlibat dalam latihan penegasan dan penyataan ini.

Pertama: Membasmi pembesaran rasa takut dan kepercayaan yang tidak rasional.

Pada peringkat pertama ini, segala rasa takut dan kepercayaan tidak rasional itu patut sekali dijaga supaya tidak diperbesar-besarkan sangat kerana ini akan merosakkan perasaan-perasaan yang lain. Rasa takut, misalnya, timbul akibat kepercayaan salah sedangkan perasaan orang lain lebih penting daripada perasaan sendiri. Atau ketakutan yang disebabkan oleh kegagalan dalam pernyataan perasaan kasih-mengasihi, sehingga merasakan sesuatu itu hina dan tidak diingini lagi.

Manakala ketakutan ketiga ialah akibat daripada melihat penrnyataan seseorang itu kurang mengandungi kejujuran, rasa penghargaan ataupun menampakkan baik hati, ataupun mungkin terlalu sombong ataupun mempunyai sikap negatif yang lain. Begitu juga perasaan keempat iaitu ketakutan apabila melihat seseorang lain itu cuba mendedahkan dirinya sebagai orang yang tidak betul atau tidak kena pada tempatnya, tidak berjaya ataupun tidak berkemampuan langsung.

Berdasarkan kepercayaan tidak rasional ini, segala-galanya tidak berapa tepat dan tidak boleh diterima, setengah-setengah daripada ketakutan sering sahaja mengubah-ubah kita apabila kita berasa berkehendakkan sesuatu tindakan yang nyata dan tegas.

Kedua: Menerima hak peribadi seseorang.

Pada langkah kedua ini pula, dikatakan bahawa seseorang itu mestilah mempunyai hak dan harga diri masing-masing. Sebagai seorang yang mahukan haknya diterima dan diperakui oleh orang lain, maka dia mestilah juga menerima idea bahawa setiap orangh itu berhak bertindak dengan nyata serta melahirkan pemikiran yang jujur, perasaan yang ikhls serta kepercayaan yang jujur dan ikhlas juga. Oleh yang demikian, seseorang itu haruslah juga menerima dan memperakui hak-hak peribadi orang lain, sebagaimana hak peribadinya sendiri oleh orang lain.

Ketiga: Melatih tingkah laku pernyataan sendirian.

Peringkat ketiga ini selalunya melibatkan sama ada menggunakan cermin atau otak yang memainkan peranannya terhadap semua situasi di mana seseorang itu gemar menjadi lebih tegas dan bersifat pernyataan, menumpukan kepada tingkah laku bukan lisan, kerana tingkah laku tidak mengeluarkan lisan ini adalah penting dalam kenyataan.

Misalnya, gambaran air muka dan gerak geri - semuanya perlu diramal dan dilatih supaya pernyataan yang dikeluarkaan itu jelas, tepat dan mudah difahami.

Keempat: Mendorong individu memainkan peranan dengan orang lain dalam keadaan kesusahan.

Langkah keempat ini pula merupakan satu peluang memainkan peranan secara raptai ataupun maklum-maklum balas daripada ahli-ahli kelompok. Raptai seterusnya nanti akan menggerakkan individu berperanan. Walaupun peranan itu hanya secara main-mainan atau olok-olok, namun sebagai raptai ia membenarkan klien memaparkan lebih pernyataan, menggunakan maklum balas bagi membentuk tingkah laku sebenarnya nanti.

Semakin kerap latihan dan raptaidilakukan, semakin menambah keselesaan individu itu dengan keadaan-keadaan sebenarnya dalam pernyataannya pula. Pada peringkat ini, kaubselor selalunya menjadi penggalak atau pendorong klien bergerak menjalankan raptai dan latihan-latihan bermain peranan.

Kelima: Pernyataan dalam keadaan sebenar.

Pernyataan dan ketegasan yang sebenar berlaku dalam langkah terakhir ini. Individu-individu kedua belah pihak sudah pun membuat persetujuan mereka menjalankan penyataan ini. Maka tingkah laku ketegasan dan pernyataan ini yang dulunya diketepikan kini diambil kira semula malah ditumpukan sepenuh perhatian pula.

Maka pada sesi akan datang, mereka akan menentukan serta menerangkan pengalaman masing-masing sambil menilai percubaan-percubaan mereka itu, menggandingkannya lagi dengan beberapa raptai dan latihan, serta membuat persetiaan lagi bagi di luar kelompok mengalami penyataan itu.

Sekarang jelas pada kita bahawa kaunseling laku mempunyai pendekatan yang dianggap penting dalam memberikan keberkesanan dalam sesuatu kaunseling itu. Dengan memusatkan pada tingkah laku tertentu, terutama pada tingkah laku yang bakal diubah oleh kliennya, kaunselor dapat membantu klien ini supaya lebih memahami apa yang bakal dicapai dalam bahagian kaunseling mereka.

Ia juga memberikan maklumat yang agak konkrit kepada klien tentang tahap kemajuan mereka. Oleh kerana perubahan tingkah laku itu ada kaitan dengan mereka disekitarnya, seseorang klien akan menerima maklum balas yang positif bagi mningkatkan kemajuannya sendiri. Dengan menumpukan kepada tingkah laku yang khas juga akan memberi kriteria yang menerangkan dengan jelas kepada hasil sesuatu kaunseling itu.

Kaunselor tingkah laku pula mmepunyai kebaikan dalam menunjukkan satu sistem penerangan yang jelas kepada tatacara kaunseling serta menerangkan sejelas-jelasnya tentang peranan dalam proses kaunseling itu sendiri.

Sekatan yang besar dalam kaunseling tingkah laku ini termasuklah kurangnya peluang bagi klien berkreativiti dan melibatkan dirinya dengan proses keseluruhan kaunseling, pemenuhan kehendak diri, kesempurnaan diri, dan sekatan keduanya puila ialah kemungkinan-kemungkinan klien tidak berkeperibadian dalam interaksinya dengan kaunselor.

Lagipun keseluruhan proses ini tidak begitu sepadan dengan klien yang mempunyai kerumitan-kerumitan yang tidak nyata dan terus terang berklaitan dengan tingkah lakunya. Bagi mereka yang menganggap dirinya sebagai orang yang tidak berguna langsung, atau yang gagal dan tidak ada kemungkinan boleh kembali normal, atau mereka yang merasakan tidak berjaya mendapatkan makna hidup mengikut apa yang diingini, mereka akan beranggapan tidak ada sebarang faedah ataupun mempunyai sebarang harapan lagi. Mereka menjadi orang yang tidak berharapkan apa-apa pun lagi pada kaunseling tingkah laku ini.

Walaupun demikian, kaunseling tingkah laku ini mempunyai ramai pengikut yang telah memperkembangkannya dalam amalan kaunseling mereka. Misalnya, Pavlov di Rusia, B.F. Skinner di Amerika Syarikat.

TUJUAN TERAPI TINGKAH LAKU INI IALAH:

1. Membantu klien mempelajari dengan lebih berkesan akan prosess membuat keputusan.

2. Memusatkan kapada matlamat kaunseling dan membantu klien mempelajari proses membuat keputusan yang kebih berkesan.

3. Mengubah tingkah laku yang tidak diterima oleh klien semasa berterapi.

4. Melindungi diri daripada masalah masa depan.

5. Mencapai perubahan-perubahan tingkah laku yang diterjemahkan kepada tindakan dalam hidup seseorang.


ANDAIAN DALAM TERAPI TINGKAH LAKU IALAH:

1. Manusia berkeupayaan memahami konsep serta mengawal tingkah laku sendiri.

2. Semua tingkah laku disebabkan oleh alam sekitar.

3. Tingkah laku dibentuk oleh gerak balas.

4. Tingkah laku yang teguh akan mudah berulangan.

5. Manusia berupaya memperolehi tingkah laku yang baru.

6. Peneguhan positif adalah lebih baik daripada peneguhan negatif. Peneguhan positif dapat dicapai melalui:

a. Mengenalpasti ranngsangan yang boleh memperkuatkan dorongan.

b. Mengatur suasana bagi memudahkan wujudnya tingkah laku.

7. Peneguhan hendaklah diadakan selepas sahaja tingkah laku berlaku.

8. Peneguhan boleh diwujudkan dalam bentuk kebendaan atau sosial.


PROGRAM PENGURUSAN DIRI (SELF-MANAGEMENT PROGRAM)

Suatu perkembangan menuju kesepaduan antara kognitif dan kaedah tingkah laku untuk menolong klien mengurus masalah mereka sendiri (Konfer & Goldstein, 1986). Corak yang berkaitan ke arah “giving psychology away” melibatkan ahli psikologi berkongsi pengetahuan supaya ‘consumer’ boleh menuju kearah kehidupan sendiri tanpa bergantung kepada pakar untuk menagani masalah mereka.

Psikologi berkongsi perspektif ini secara dasarnya mengambil berat dengan mengajar manusia kemahiran yang diperlukan untuk mengurus kehidupan mereka sendiri sengan lebih berkesan.

Strategi pengurusan diri termasuk, monitor-diri, pengukuhan diri, perjanjian diri dan pengawalan rangsangan. Strateg pengurusan diri telah digunakan dengan meluas kepada berbagai masalah seperti keraguan, kesedihan dan kesulitan.

Idea asas dalam pengurusan diri ialah penilaian dan ‘intervention’ pertukaran tingkah laku boleh terjadi dengan mengajar manusia untuk meniru kemahiran dalam situasi tertentu. Secara umumnya klien digalakkan untuk menerima tanggung jawab untuk mempraktikkan segala strategi dalam kehidupan seharian (Rehm & Rokke, 1988).

Dalam program pengurusan diri, manusia membuat keputusan berkaitan tingkah laku khusus yang mereka ingin kawal atau tinggalkan. Contoh yang lazim seperti mengawal merokok, minuman keras dan penagihan dadah, kemahiran belajar, kemahiran belajar, kemahiran pengurusan masa dan masalah kegedutan dan terlebih makan.

Manusia biasanya mendapati sebab utama mereka tidak mencapai matlamat, kerana kekurangan beberapa kemahiran, di mana dalam beberapa bidang pendekatan penumpuan diri boleh memberi garis panduan untuk menukar atau rancangan yang akan memberi penukaran. Lima kriteria program pengurusan diri yang berkesan telah di kenal pasti oleh Cornier dan Cormier (1985).

1. Paduan beberapa strategi pengurusan diri adalah lebih berguna dari satu strategi sahaja.

2. Pengamalan strategi secara konsisten. Jika usaha pengurusan diri tidak diamalkan secara berterusan untuk beberapa ketika, keberkesanannya akan menjadi terhad dalam memberi penukaran yang bermakna.

3. Adalah perlu untuk menentukan matlamat yang realistik dan kemudiannya menilai sejauh mana mereka dapat bersepadu.

4. Kegunaan pengurusan diri adalah komponen yang penting di dalam program pengurusan diri.

5. Sokongan persekitaran adalah perlu untuk mengekalkan pertukaran yang di hasilkan dari program pengurusan diri.

KRITIKAN/KELEMAHAN DALAM KAUNSELING TINGKAH LAKU

Kritikan yang paling kerap didengar ialah kaunseling tinkah laku hanya sesuai mengubah tingkah laku biasa yang belum berakarumbi dalam diri seseorang. Kaunseling tingkah laku tidak menganalisa dengan mendalam punch tingkah laku tersebut, ia hanya mengubat tanda penyakit, akibatnya hapus satu-satu tanda timbul pula satu tanda yang lain. Kaunseling tingkah laku tidak mendalam dan menganalisa punch dan sejarah sesuatu tingkah laku tersebut.

Dalam setengah kes, perubahan tingkah laku mungkin hanya terjadi dalam jangka masa yang singkat sahaja, selepas itu masalah akan berulang semula. Kaunseling tingkah laku pada dasarnya boleh mengawal dan mengubah tingkah laku, andainya kebolehan ini dimiliki oleh orang yang tidak sesuai ia akan digunakan dan dimanipulasi untuk kepentingan sesuatu golongan dan ini pasti akan mengancam kesejahteraan masyarakat.

Bagaimanapun seperti yang kita maklum kaunseling tingkah laku bukanlah hanya satu pendekatan kaunseling yang ada, ia hanya salah cara yang boleh digunakan bagi mencapai matlamat murni kaunseling dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang sejahtera dan seimbang.

Sumber:
Comments
1 Comments

1 comments:

artikelnya sangat menambah wawasan..terima kasih sudah berbagi...

Post a Comment

Terima Kasih telah Berkunjung. Blog Berstatus DoFollow.
Para pengurus Makalah Kita Semua Tidak selalu Online untuk memantau Komentar yang Masuk, Jadi tolong berikan Komentar Anda dengan Pantas dan Layak dikonsumsi oleh Publik. NO SPAM, NO SPAM, NO SPAM dan Sejenisnya.

 
 
 

Facebook

Status Makalah Kita Semua


Page Ranking Tool Site Meter
makalahkitasemua.blogspot.com : Do Follow Blog makalahkitasemua.blogspot.com : Do Follow Blog SevenZero TV - Watch Live Streaming TV online My Ping in TotalPing.com
eXTReMe Tracker

Best Friends Yang Rendah Hati

 
Copyright © 2008 - Makalah Kita Semua , All rights reserved.